Pages

Tuesday 10 September 2013

Nasi Lemak CT Garden

   
 Nasi Lemak CT Garden

Lepas shopping kat NSK Selayang nak cari makan kat KL pulak. So pi makan nasi lemak ni la. Specialnye kedai ni sebab murah (kalau nasi lemak je). Kedai makan ni kat Kampung Baru so tersorok la sikit. Tapi pelik la orang KL ni makan nasi lemak tak ikut time, malam pun makan nasi lemak. Ada yang bawak family makan kat sini, makan nasi lemak je la sebab tu je yang ada. Dulu ada char kue teow dan live band, tapi tak tau la nape tak ade pulak hari ni.

NAMA RESTORAN/WARUNG: Nasi Lemak CT Garden
ALAMAT: Jalan Datuk Abdul Razak, Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
PINPOINT LOKASI: google maps
WAKTU OPERASI: 6pm - 1am
JENIS MAKANAN: Nasi Lemak saje
HARGA: Murah
KEBERSIHAN: B
RATING: Sedap 
TEMPAT LETAK KERETA: Tepi jalan dekat dengan kedai. Terhad kalau ramai orang.
KOMEN: Kalau parking kat kedai makan nie banyak Mat Pit duk jaga parking, paham-paham je la. makanannye hanye la Nasi Lemak, tapi pelbagai lauk nasik lemak ada disediakan.
 

 Parking depan kedai, petang-petang Mat Pit tak ada lagi kot.

 Lauk-lauk untuk tambah masa makan nasi lemak.

 Makanan yang dipilih: Nasi lemak 3 bungkus + Ayam masak merah (sedap).

 Tempat diorang sediakan nasi lemak, memang banyak nasi lemak. Kat tepi tu diorang bakar otak-otak.








Tomyam Anitas Ipoh

 Tomyam Anitas

Lepas balik dari rumah mak mertua kat taiping, macam biasa kena la balik rumah mak kandung pulak. Macam tu la rutin kalau ada dua mak. Balik petang baru sampai Ipoh so kena la cari kedai makan. Kat Ipoh ni dah biasa dah dan banyak yang dah jemu. Wife pulak demand nak makan nasi. Teringat pulak kat satu kedai makan dekat dengan jelapang. Kedai makan ni kedai biase je macam kedai makan yang lain. Mungkin murah sikit kot (dulu la). Ikan bakar pun ada. Kedai dia agak tersorok sikit and dekat saje dengan Medan Kid.

NAMA RESTORAN/WARUNG: Tomyam Anitas
ALAMAT: Jalan Tun Abdul Razak, 30100 Ipoh, Perak
PINPOINT LOKASI: google maps
WAKTU OPERASI: 6pm - 1am
JENIS MAKANAN: Ala Thai
HARGA: Standard
KEBERSIHAN: B
RATING: Sedap 
TEMPAT LETAK KERETA: Depan lot kedai. Terhad kalau ramai orang.
KOMEN: Kedai selesa dan ada menu pakej kalau datang makan ramai-ramai.


Kawasan kedai makan agak tersorok sikit so hati-hati takut terlepas.

Macam-macam bakar ada, sambal/kuah dia sedap jugak.

Kedai makan dia biase je tapi makanan cube la dulu ye.







Gulai Sembilang Penang

 
Gulai Sembilang Istimewa Di Pulau Mutiara

Lepas check out hotel pagi lagi kena la cari tempat makan. Disebabkan hari last day oustation kat penang ni sesuai la makan kat Gulai Sembilang ni. On the way je dari komtar nak pi jambatan penang. Bila dah sampai kat Jelutong ada flyover and lalu je bawahan flyover (ada signboard IJM)  kedai sebelah kiri. Ini second time datang sini nampak tak berubah sangat.

NAMA RESTORAN/WARUNG: Gulai Sembilang
ALAMAT: Lebuhraya Tun Dr. Lim Chong Eu Hwy,11700 Jelutong, Penang, Malaysia
PINPOINT LOKASI: google maps
WAKTU OPERASI: 9am - 3pm
JENIS MAKANAN: Ala Kampung
HARGA: Standard
KEBERSIHAN: B
RATING: Biasa
TEMPAT LETAK KERETA: Depan restoran
KOMEN: Layanan ok (macam family). Harga macam mahal sikit. Lauk pauk selain ikan sembilang pun ada dijual macam kedai makan biasa.


Aneka lauk pauk disediakan, boleh pilih sendiri.

Waktu niaganya 9am-3pm, so kena la hati-hati takut terlepas.

Jalan masuk ke kedai dari bawah flyover. Parking banyak lagi tu sebab kami mai awal hehehehe.

Makan yang dipilih = nasi + sayur bayam + ulam + gulai ikan sembilang.

Gulai sembilang yang di pilih = ekor + isi + telur ikan + bendi.

Belakang kedai makan ni pantai je, ade kampung atas air pulak.





Friday 6 September 2013

Pak Hussin Tomyam Penang

Depan restoran Pak Hussin Tomyam

Mase outstation ke penang wife nak cari kedai ni...so terpaksa la cari dalam hujan dan gelap malam. Susah jugak nak cari kat tempat yang tak biasa. Search kat google pun susah nak dapat lokasi yang tepat. Usah punya usaha akhirnya jumpe juga. Ramai jugak orang makan kat sini tapi meja kosong ade je.

NAMA RESTORAN/WARUNG: Pak Hussin Tomyam
ALAMAT: Lorong Bayan 1, Jalan Bayan, 11900 Bayan Lepas, Pulau Pinang ‎(Sebelah Sungai Ara)
PINPOINT LOKASI: google maps
WAKTU OPERASI: 12pm - 1am
JENIS MAKANAN: Ala Thai
HARGA: Standard
KEBERSIHAN: B
RATING: Sedap 
TEMPAT LETAK KERETA: Merata di kawasan taman
KOMEN: Walaupun banyak orang makan tapi makanan cepat siap. Pelayan kurang mesra. Yang lain-lain so far semuanya ok.

Dalam Restoran

Start Blogging



Assalamualaikum... terima kasih sebab view blog saya. Saya dah lama buka blog ni tapi tak pernah tulis sebab tak ada idea. Malam ni (6 September 2013) baru ada semangat dan tekad dan idea yang boleh dikongsi. Sebenarnya tadi saya dan isteri cari kedai makan tapi tak jumpe-jumpe sebab search di google pun susah.  

Banyak blog yang review tempat makan tapi lebih kepada seronok diorang sahaja....bukannya nak tolong kongsi dengan tepat lokasi tempat makan. So saya harap dengan apa yang saya share dapat membantu anda untuk sampai ke tempat makan yang anda cari...tak la susah sangat. 

Saya akan gunakan google maps untuk pinpoint kan lokasi yang saya share. Saya memang selalu travel sebab outstation, sambil tu boleh la rasa-rase makanan dan budaya orang setempat.